Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Jurnal Peribadi

Menyayangi Seseorang Bukan Sekadar Lafaz " Saya sayang kan awak"

  Apabila hati mula merasakan perasaan sayang yang sangat mendalam kepada seseorang apakah yang perlu dilakukan agar segala gelora di dalam hati itu dapat diredakan? Perlukah segala rasa itu dilafazkan dengan segera dengan harapan hati dan perasaan sendiri dapat ditenangkan? Sungguh aku memahami bertapa sakitnya apabila diri ini tetap sahaja terpaksa menahan rasa rindu terhadap dirimu selama bertahun-tahun.  Kadang diri terasa sedikit kesal pada diri sendiri mengapa tidak sedikit awal melafazkan kata sayang terhadap dirimu sebelum kehadiran dirinya mendahului aku? Mungkinkah memang sudah tersurat di azali lagi dirimu itu sememangnya bukan tercipta untukku?? Wallahualam, hanya tuhan yang tahu.  Sungguh, jika aku mengetahui dirimu sememangnya ternanti-nantikan ucapan sayang daripada seseorang sudah pastinya aku akan melakukannya semenjak daripada awal perkenalan kita berdua. Sudah pastilah aku tidak akan membiarkan dirimu yang aku sayangi itu ternanti-nanti sejak sekian lam...

Aku Teman Setia pada Masa Dukamu, Apakah Mungkin Aku juga Masih Merupakan Seorang Teman Di Masa Bahagiamu?

  Aku Teman  Setia pada Masa Dukamu, Apakah Mungkin Aku juga Masih Merupakan Seorang Teman Di Masa Bahagiamu?  Kadangkala hati ini sering bertanya apakah formula terbaik untuk mengecapi kebahagiaan hidup bersama orang yang disayangi di dunia ini?. Bukan diri ini tidak pernah berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk dirinya tatkala kami berdua sama-sama mengharungi alam persahabatan dan percintaan, tapi langkah ku seakan terhenti di alam percintaan dan tidak pernah berjaya meneruskan hubungan yang kami jalin bersama ke arah seterusnya 'perkahwinan' yang menjadi impian setiap orang daripada kita.  Tatkala diri hanya mampu memerhatikan orang yang pernah dicintai dengan sepenuh hati duduk bersanding di atas pelaminan bersama orang baru yang dikenali setelah diri ini tiada lagi manfaat yang boleh didapati. Ibarat hampas kelapa yang dibuang setelah habis santannya kau perah. Bertapa hinanya diri ini kurasakan setelah kasih sayang yang aku berikan kepada dirimu satu t...

Apabila Jendela Hatiku Ini Kembali Diketuk Oleh Panggilan Rindumu Yang Datang Bertalu-talu

 Apabila Jendela Hatiku Ini Kembali Diketuk Oleh Panggilan Rindumu Yang Datang Bertalu-talu   Secara jujurnya aku tidak akan pernah sesekali mencuba berlagak berani untuk membukakan kembali jendela hatiku ini, yang telah aku kunci rapi. Tidak akan pernah! Itulah janji diri ini kepada diriku sendiri biarpun panggilan rindumu yang datang secara bertalu-talu terasa sangat sukar untuk aku tepis dan tangkis. Keputusan drastik ini terpaksa aku lakukan demi melindungi sekeping hati milik diriku daripada terus dilukai dan terluka parah tanpa sedikit pun disedari olehmu insan yang masih dan akan terus bertakhta di singgahsana hati milik diri ini..  Sungguhpun demikian takdir Allah mengatasi segala-galanya. Setelah lebih enam tahun tidak bersua muka dan dua tahun tidak bertanya khabar, aku kembali menerima kiriman pesan daripada dirimu melalui aplikasi whats app. Seketika aku terdiam dan terpaku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. Bermacam-macam perasaan yang hadir bertubi-...

Aku Doakan Semoga Segala Yang Terbaik Di Dunia Ini Akan Menjadi Milik Dirimu

 Semoga segala perkara yang terbaik  yang mampu dihasilkan di dunia ini akan menjadi milik dirimu mulai daripada hari ini.. itulah doa tulus dan harapan hati aku disaat penulisan ini ditulis. Pada hari ini lebih daripada tiga dekad yang lalu, dirimu telah dilahirkan. Tahukah dikau bahawa selain daripada ahli keluarga mu, rakan-rakan dan mungkin juga dirimu sendiri, aku adalah salah seorang di antara manusia yang paling bahagia pada hari ini. Di hari yang penuh berbahagia ini, hanya satu pinta aku terhadap dirimu. Izinkan lah diriku ini untuk terus menjadi orang yang kedua selepas ibu dan ayah mu yang sentiasa mengucapkan syukur kepada Allah di atas kelahiran dirimu di muka bumi ini. Tanpa rahmat daripada-Nya mana mungkin aku akan dapat berkenalan dengan dirimu enam belas tahun yang lalu. Alhamdullilah!  NIZ,  Diriku ini ingin sekali dikau mengetahui bertapa berharganya kehadiran dirimu ke dalam hidupku pada satu ketika dahulu. Sewaktu itu kita berdua masi...

Bicara Aku Kepada Bulan Tentang Dirimu

  Bicara Aku Kepada Bulan Tentang Dirimu:_  Dahulu diri aku ini tidak begitu memahami mengapa bulan selalu sahaja dijadikan orang sebagai sebahagian daripada lirik sesebuah lagu. Tajuk filem pun ada juga seperti cerita 'tentang bulan' misalnya. Tetapi semua itu seakan make sense , apabila hari minggu yang lalu aku telah berkesempatan untuk menikmati keindahan bulan purnama penuh di waktu malam yang penuh dengan misteri yang belum pernah habis terungkap kan.. Subhanallah, indahnya!  Seperti yang kita semua maklum, walaupun bulan hanyalah sekadar meminjam cahayanya daripada sang mentari untuk bersinar megah di ruang angkasa, ianya hanya mampu bertahan untuk sementara waktu cuma. Dan cahaya bulan pastinya akan kembali menjadi malap akibat daripada paksi bumi yang sentiasa berputar mengelilingi orbitnya.   Disaat bersendirian hanya bertemankan cahaya bulan itulah, baru aku benar-benar menyedari apakah daya tarikan yang telah menyebabkan sekian ramai orang menjadikan...

Sesekali Apabila Angin Membelai Lembut Wajahku

 Angin sepoi-sepoi yang bertiup menampar manja ke arah wajahku pada petang yang damai ini, menari-nari bersama segala memori yang melayang dan tersingkap satu persatu di hadapan tirai mata, mengingatkan aku seketika kepada dirimu. Di manakah dirimu berada pada ketika ini? Ingin sekali rasanya aku menatap wajahmu pada detik ini, walaupun hanya untuk seketika cuma. Adakah dikau juga merasakan apa yang aku rasakan?? Ataupun hanya tinggal aku seorang diri mengayam semua mimpi-mimpi??Mengapa begitu sukarnya untuk aku melupakan segala kenangan yang pernah kita ciptakan bersama???  Sudah lebih daripada satu dekad semua itu berlalu namun bagi diriku, semua itu baru sahaja berlaku seminit yang lalu. Memang sukar untuk dimengertikan dan difahami tetapi itulah yang terjadi. Seolah-olah aku baru sahaja selesai dan kembali semula ke rumah setelah menghantarkan dirimu ke hostel pelajar di Bangsar tempat penginapan mu. Yeah.. I know right? you can call me unrealistic, but sweetheart i'm just...

Mungkinkah Masa Mampu Merubah Segalanya?

 Mereka kata masa boleh merubah segalanya.. perasaan benci boleh kembali menjadi sayang, marah kembali cool, sedih menjadi kembali ceria, rindu boleh kembali reda. Malah ada juga yang mengatakan hati yang membeku seperti ais di kutub juga boleh kembali hangat dan mencair. Benarkah apa yang mereka semua katakan itu? Ataupun itu merupakan sekadar kata-kata yang tercipta hanya bertujuan untuk menyedapkan perasaan mahupun untuk menutup semua rasa kecewa dihati..   Andai benar apakah buktinya?   Demi Allah, aku akui pernah pada satu ketika dahulu aku mempercayai kata-kata itu dengan sepenuhnya... Seratus peratus aku meyakini bahawa seiring dengan peredaran masa, semuanya akan pulih seperti sediakala. Kerana itu, aku cuba menjalani hidup ini seperti peristiwa itu tidak pernah berlaku kepada diriku ini.   Perasaan sedih itu aku selindung kan dengan senyuman yang semanis madu. Aku pastikan segala apa pun yang aku rasakan terkunci rapi di dalam hati sehingga jauh ke...